BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 21 Oktober 2013

PANDUAN MENULIS RESUME

1)      Pengenalan

-  Kempen mencari pekerjaan biasanya meliputi 3 peringkat iaitu peringkat
   sebelum temuduga, semasa temuduga & selepas temuduga.
-  Menulis Resume atau Latar Diri merupakan tindakan awal yang penting bagi
    calon-calon sebelum ditemuduga.
-  Ianya merupakan satu dokumen penting yang digunakan olah majikan bagi
    menolong memudahkan proses mengenalpasti pemilihan calon untuk
    ditemuduga.

2)      Apa itu Resume?

-  satu dokumen rasmi yang peribadi mengenai diri anda untuk pertimbangan
   sesuatu jawatan.
-  satu dokumen iklan diri (bukan untuk tatapan umum) yang ditulis secara teratur
   bagi tujuan pertimbangan untuk sesuatu jawatan atau peluang kerjaya.
-  satu dokumen yang mengemukakan pencapaian serta prestasi diri.
-  satu dokumen yang boleh memperkenalkan serta menghubungkan anda sebagai
    pemohon dengan bakal majikan.
-  suatu alat pengukuran serta penilaian diri yang boleh mencerminkan sikap
    kreativiti serta persepsi anda terhadap kerjaya hidup & potensi diri.

3)      Panduan Persediaan Sebelum Menulis Resume

-  para pelajar perlu merancang menyiapkan resume mereka pada atau sebelum
   tahun akhir pengajian.
-  seterusnya anda boleh mula mencatatkan maklumat-maklumat yang penting dan
    sesuai untuk diketahui oleh majikan.  Catat, senaraikan dan lihat kepentingan,
    kesesuaian serta keutamaannya.

Contoh :

a)      Nama dan maklumat peribadi.
b)      Alamat surat menyurat.
c)      Latar belakang pendidikan (menengah ke atas).
d)     Pencapaian dalam pendidikan.
e)      Penglibatan dalam kokurikulum.
f)       Anugerah serta kejayaan tertentu.
g)      Pengalaman / latihan praktik (jika ada)
h)      Kemahiran serta bakat tertentu.



-  seterusnya pilihlah rupa bentuk serta jenis resume yang difikirkan sesuai untuk
   memenuhi keperluan anda.
-  akhir sekali tulislah resume anda supaya hasilnya memuaskan pada anda serta
   menarik perhatian majikan.
-  hasil terakhir Resume mestilah ditaip di atas kertas yang sesuai dan bermutu
   (A4 – 80 gram).

4)      Komponen-komponen Penting dalam Resume

- Komponen-komponen berikut biasanya dimasukkan ke dalam resume :

a)      Nama penuh (mengikut kad pengenalan)
b)      Gambar terbaru (saiz passport)
c)      Butir-butir peribadi (tarikh & tempat lahir, taraf perkahwinan)
d)     Alamat surat menyurat (termasuk poskad)
e)      Alamat tetap (jika lain dari no. 4)
f)       Objektif pekerjaan (sekiranya sudah pasti dan mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon).
g)      Latar belakang pendidikan (tinggalkan pendidikan rendah, kelayakan tertinggi lebih diutamakan).
h)      Pengalaman kerja (termasuk kerja sementara & latihan amali).
i)        Aktiviti kokurikulum dan persatuan.
j)        Keahlian dalam badan-badan ikhtisas (jika ada) serta taraf keahlian.
k)      Penglibatan masyarakat / komuniti.
l)        Penerbitan (jika ada).
m)    Taraf serta kemahiran berbagai bahasa.
n)      Kemahiran lain (menaip, komputer).
o)      Lesen memandu (taraf / gred).
p)      Minat & kegemaran (mendaki, berenang, melukis).
q)      Rujukan 2 orang yang kenal anda (bukan saudara mara).















5)      Jenis-jenis Resume

·         Latar Diri Asas
-          jenis resume yang paling asas yang biasa disediakan oleh mereka yang pertama kali menceburi kerja buat pertama kali
-          sesuai untuk yang mempunyai pengalaman kerja yang terhad

·         Latar Diri Mengikut Kronologi
-          maklumat-maklumat disenaraikan mengikut kronologi
-          misalnya jawatan terkini disenaraikan di atas sekali
-          mencerminkan perkembangan serta kemajuan kerjaya seseorang
-          sesuai untuk mereka yang mempunyai berbagai pengalaman bekerja dalam tempoh tertentu.

·         Latar Diri Fungsian
-          menonjolkan kemahiran dalam fungsi-fungsi tertentu misalnya pengrusan dan pemasaran tanpa menitikberatkan kronologi
-          sangat menarik minat majikan sekiranya sesuai dengan jawatan yang diiklankan.
                       
·         Latar Diri Sasaran
-          digunakan oleh mereka yang yakin tentang sasaran atau bidang kerjayanya
misalnya bidang pengurusan



6)      Bahasa Resume

-  menggunakan gaya bahasa yang baik boleh mencerminkan kebolehan serta
    kreativiti anda dari segi tahap kemahiran penulisan serta pertuturan.
-  resume hendaklah menarik, teratur serta menggunakan gaya bahasa serta
    ungkapan-ungkapan yang sesuai, ringkas, mudah tetapi jelas dan lengkap
    maksudnya.

7)      Kelemahan Resume

-  terlalu panjang dan terperinci
            -  terlalu ringkas dan kurang padat misalnya hanya menyenaraikan komponen-
                komponen resume tanpa disokong dengan maklumat yang mantap
            -  resume tidak diubahsuai untuk memenuhi keperluan jawatan yang diiklankan
            -  salah ejaan serta mutu menaip yang kurang baik
            -  maklumat diberi kurang lengkap
            -  format kurang kemas dan tidak ditaip
            -  lemah tatabahasa / gaya bahasa
            -  menggunakan Bahasa Malaysia sistem ejaan lama

8)      Surat Iringan (Cover Letter)

-  resume yang dihantar kepada majikan mesti diiringi dengan surat iringan (cover
   letter).
- surat iringan mempunyai 3 bahagian utama iaitu permulaan, pertengahan &
   penutup.
- bahagian permulaaan : memperkenalkan diri dan jelaskan mengapa anda
   menulis kepada mereka.
- bahagian pertengahan : ceritakan mengenai kelayakan, pengalaman dan
   kemahiran anda (pastikan ianya bersesuaian dengan organisasi berkenaan)
-  bahagian penutup : tekankan minat anda untuk bekerja dengan syarikat tersebut
               dan nyatakan dengan lengkap alamat surat-menyurat dan nombor telefon anda.


















Ahad, 28 Februari 2010

Cadangan kepada Sistem Pendidikan Malaysia

CADANGAN


Negara kita Malaysia , terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia akan dan sedang mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke -21 ini terutamanya merealisasikan wawasan 2020 . Dalam menjayakan ini , beberapa cadangan di bawah mungkin boleh dipertimbangkan dan dilaksanakan.
i. Semua murid-murid mesti mempunyai kemudahan komputer di sekolah atau di rumah .
ii. Guru seharusnya menggunakan komputer dan kalkulator dalam tugasan murid dan penilaian guru serta menguasai perkembangan teknologi terkini dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran matematik.
iii. Jabatan pendidikan negeri, daerah dan sekolah perlu mengadakan kursus perkembangan penggunaan teknologi untuk guru-guru yang sedang berkhidmat .
iv. Universiti dan maktab-maktab perguruan harus mendedahkan penggunaan teknologi ini kepada bakal-bakal guru .
v. Pusat perkembangan kurikulum harus mengetahui kesan penggunaan teknologi ke atas kurikulum yang perlu digubal dan diajar kepada murid-murid.
vi. Penulis dan penerbit buku harus memasukkan unsur teknologi ini dalam buku terbitan mereka . Penganjur pertandingan yang melibatkan para pelajar harus mengalakkan penggunaan teknologi dalam projek atau persembahan peserta-peserta .
vii. Para pendidik matematik patut memaklumkan kepada murid-murid , ibu-bapa , pentadbir dan jemaah sekolah serta yang lain tentang hasil kajian tentang kebaikan-kebaikan menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sistem Pendidikan


Sistem Pendidikan di Malaysia telah mengalami perubahan yang ketara. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan dan digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran guru terhadap pelajar menjadi lebih berkesan dan bermakna kepada murid. Sejak beberapa tahun yang lalu, Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PBK ) telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih, ia semakin mendapat perhatian dari pelbagai pihak terutama Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkembangan dalam teknologi multimedia telah menjanjikan potensi besar dalam merubah cara hidup seseorang terutama sekali pelajar sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi untuk mereka belajar, mendapatkan maklumat, dan kaedah untuk mengadaptasikan maklumat dengan diri mereka. Multimedia juga dapat memberi peluang kepada pendidik untuk mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran kepada pelajarnya dan pelajar pula diberi kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran. Pelajar juga berpeluang menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan diri mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik. Sumber maklumat serta rujukan yang mereka perolehi juga bukan lagi terikat dalam bentuk teks dari buku semata-mata tetapi lebih meluas dari itu seperti Audio, Visual, Grafik dan sebagainya. Kehadiran teknologi multimedia menerusi Internet menambahkan lagi kemampuan memproses capaian maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah, pantas dan berkesan kepada mereka.


Mengapa perlunya penggunaan komputer dalam pendidikan ? Dalam kaedah pengajaran guru kepada pelajar sebelum ini ia telah menjanjikan kejayaan yang tidak boleh disangkal lagi namun demikian ianya juga membawa pelbagai masalah dan kekangan sama ada kepada guru sendiri atau pelajarnya. Dalam pengajaran sebelum ini, komunikasi sehala banyak berlaku antara guru dan pelajar yang mana hanya guru memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar hanya perlu duduk, mendengar dan mencatatkan isi penting yang diperlukan. Keadaan sebegini sememangnya boleh mengurangkan minat pelajar terhadap matapelajaran yang diajar oleh guru tesebut dan seterusnya mengkategorikan ianya sebagai satu matapelajaran yang sukar difahami kerana tiadanya persembahan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan seperti penggunaan multimedia. Keadaan ini menyebabkan pembelajaran tersebut terlalu bosan dan sukar untuk difahami oleh pelajarnya.


Selain itu, jumlah pelajar yang terlalu ramai bagi sesebuah kelas juga ada kalanya akan menyebabkan kurangnya interaksi di antara pelajar dan guru disebabkan oleh kepadatan tersebut. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang pelajar yang pasif di dalam kelas akan menjadi lebih pasif. Di samping itu, interaksi pelajar dengan matapelajaran yang di ajar oleh guru menjadi terbatas. Ini memandangkan adalah agak sukar untuk seseorang guru mengajar mengikut keperluan pelajarnya serta memenuhi tahap keupayaan pembelajaran setiap pelajar dibawah bimbinginnya. Pelajar juga sukar untuk menentukan sejauh mana mereka boleh memahami pengajaran guru mereka.


Dalam sistem pendidikan ini juga,proses pengajaran dan pembelajaran hanya melibatkan dua entiti utama sahaja iaitu di antara guru dan pelajar. Di samping itu, ia juga lebih banyak menggunakan konsep hafalan terhadap fakta-fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah sebegini sebenarnya menimbulkan banyak masalah terutama untuk pelajar mengingat fakta yang terlalu banyak dan tidak banyak dokumen bertulis yang boleh dirujuk mengenainya apabila diperlukan. Penyediaan alat bantu mengajar bagi pengajaran tradisi juga adalah terhad kepada bahan-bahan yang statik sifatnya. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan minat para pelajar terhadap pembelajaran tersebut.


Pada masa kini kehadiran komputer serta teknologi multimedia yang moden di dalam bidang pendidikan mampu membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia ada wujud di dalam pembelajaran tradisi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer terhadap pelajar, penggunaan komputer ini telah menumpukan kepada cara dan strategi persembahan maklumat yang digunakan bagi memindahkan ianya kepada ilmu pengetahuan yang bermakna serta bermanafaat kepada pelajar. Di dalam pengunaan komputer ini, teks isi pelajaran yang panjang boleh diringkaskan atau dipersembahkan semula menggunakan media-media yang lebih menarik dan bersifat lebih dinamik. Penggunaan pelbagai media dalam proses penyampaian maklumat juga melahirkan persembahan yang lebih menarik serta mampu merangsangkan minda pelajar selain dari faktor yang tidak membosankan. Soalan-soalan latihan juga turut dimuatkan selepas setiap bahagian agar pelajar dapat menilai tahap kefahamannya, disamping memperkukuhkan pembelajaran kepada pelajar.


Disebabkan pelbagai kemudahan serta keistimewaan yang ditawarkan oleh komputer, penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah berjaya menarik minat ramai pihak. Ia juga telah memberi kesan terhadap corak pendidikan pada masa ini dan juga masa-masa akan datang. Terdapat kemungkinan di mana suatu masa nanti pengajaran tradisi yang selama ini yang hanya menggunakan buku, kapur dan papan hitam akan diambil alih fungsinya oleh komputer dan teknolohi lain yang setara dengannya. Namun demikian, peranan guru masih kekal kerana tidak mungkin teknologi boleh menggantikan peranan yang dimainkan oleh guru sepenuhnya. Ia hanya bertindak sebagai alat yang digunakan bagi membantu para guru memperluaskan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan satu pembelajaran yang lebih berkesan dan bermakna kepada pelajar nanti.


Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) dalam pendidikan di Malaysia, dan pada kehidupan masa kini tidak dinafikan lagi keberkesanannya. Sistem pendidikan negara juga tidak terkecuali dalam arus perubahan ini dan bagi memastikan negara mampu untuk terus bersaing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini pelbagai perancangan, usaha dan strategi perlu dilaksanakan. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu aplikasi perdana di dalam Koridor Raya Multimedia memperlihatkan usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk satu generasi baru yang mempunyai daya saing yang tinggi di dalam era teknologi maklumat dan komunikasi. Selain dari itu, pada penghujung tahun 1998, mata pelajaran teknologi maklumat ( MPTM ) telah diumumkan untuk ditawarkan dalam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2000 sebagai satu mata pelajaran pilihan dalam kurikulum bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ). Sehubungan dengan ini, Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk menawarkan MPTM secara percubaan di 15 buah sekolah menengah pada tahun 1999. Pada tahun 200, bilangan sekolah ini ditambah sebanyak 30 buah lagi dan semua ini merupakan antara strategi kerajaan bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu melahirkan pelajar-pelajar yang mampu mengahadapi cabaran dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.


Tindakan kerajaan meluluskan pakej rangsangan bernilai RM 4.3 billion termasuk RM 300 juta bagi pembinaan makmal-makmal komputer di 2000 sekolah merupakan antara tindakan susulan yang memperlihatkan pembangunan positif ke arah peralihan Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. ( Utusan Malaysia , 27 September 2001 ). Selain dari itu, kerajaan juga telah mengarahkan agar kesemua maktab perguruan seluruh negara dilengkapi jaringan teknologi maklumat dan komunikasi menjelang berakhirnya Rancangan Malaysia Kelapan ( RMK 8 ) pada tahun 2010 ( Utusan Malaysia, 7 Disember 2001 ). Ini bagi memastikan pendedahan dan seterusnya penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan bakal guru dapat dilaksanakan agar ia selari dengan pelaksanaan serta perkembangan pesat yang sedang berlaku di peringkat sekolah.


Penggunaan perisian multimedia pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan ianya makin ketara pada tahun 2001. Apabila penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di Sekolah dilaksanakan, perisian multimedia pendidikan semakin diyakini keberkesanannya dalam membentu para guru dan juga pelajar untuk belajar dengan lebih bermutu dan berkesan. Berbekalkan komputer riba atau Notebook dan projektor LCD yang dibekalkan, para guru boleh memanfaatkan teknologi ini secara maksimum di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Dengan pelbagai rangsangan serta sokongan dari pelbagai pihak yang berkaitan,ia menimbulkan satu persoalan yang perlu dijawab iaitu adakah pihak guru telah benar-benar bersedia, berkeyakinan serta berkemampuan untuk menyamai arus pemodenan ini? Adakah program pendidikan perguruan sama ada di maktab perguruan mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi mampu membekalkan guru-guru yang mampu memikul aspirasi negara seperti mana yang diperlukan ?


Teknologi Multimedia dan Internet dalam Pendidikan kebanyakan perisian atau aplikasi bagi tujuan pembelajaran berbantukan komputer sebelum ini dikatakan masih lagi menggunakan teknik-teknik pengajaran tahun 50’an, yang mana masih terikat dengan psikologi pembelajaran jenis tingkah laku ( behaviorisma ) . Dalam erti kata lain, apa yang diperolehi buat masa ini ialah buku teks yang secara tradisi digunakan telah dipindahkan kepada bentuk atau konsep baru iaitu sebagai buku teks elektronik. Komputer hanya berperanan sebagai pembuka helaian atau muka surat. Perisian sebegini sememangnya telah terbukti menerusi kajian yang kurang berkesan memandangkan cirinya yang linear, berjujukan serta kurang menarik. Ianya juga didapati sukar atau gagal menarik perhatian serta minat pelajar untuk terus mendalami sesuatu isi pelajaran yang ingin disampaikan.


Perkembangan pesat dalam teknologi multimedia dan juga teknologi internet sedikit sebanyak telah berjaya membawa nafas baru dalam dunia pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Ianya menawarkan pelbagai keistemewaan yang tidak pernah diperolehi menerusi teknologi sebelumnya. Gabungan kedua-dua teknologi ini pula seterusnya semakin merancakkan lagi penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan.


Aras Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan Interaksi di antara manusia dan komputer sebelum ini tidak sepenuhnya asli atau natural memandangkan kebanyakkan interaksi hanyalah berasaskan teks. Pendidikan masa kini juga mempunyai persamaan di mana ianya lebih tertumpu kepada penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan ataupun nombor. Walaupun secara dasarnya, kita telah biasa dan serasi menggunakan cara ini namun kadangkala timbulnya masalah apabila terdapatnya bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami apabila hanya teks sahaja yang digunakan. Ini semua mewujudkan sempadan dalam sistem komunikasi manusia. Dalam kehidupan sebenar, kita juga menjalani kehidupan yang penuh dengan elemen atau media-media komunikasi yang lains seperti bunyi dan juga paparan imej atau grafik sama ada berbentuk statik atau dinamik. Ini juga menyebabkan wujudnya sempadan di antara apa yang dialami di dalam kehidupan sebenar seseorang dengan proses pendidikan yang dialaminya. Multimedia juga berupaya menangani permasalahan ini dengan menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti audio, video, animasi, teks dan grafik ke dalam satu medium komunikasi. Sebagai contoh, cuba kita lihat mana-mana buku teks atau buku rujukan di sekolah yang kita miliki. Tidak kira walau berapa ribu atau juta warna yang digunakan, buku tersebut masih gagal mengatasi kelebihan yang ditawarkan di dalam sesebuah sistem multimedia.


Pembangunan teknologi multimedia yang menekankan kepada unsur-unsur pembelajaran interaktif juga telah membawa persepsi baru dalam era penggunaan komputer dalam bidang pendidikan. Kebanyakkan aplikasi multimedia interaktif juga mula mengambil kira teori-teori pembelajaran atau yang berkaitan dengannya berdasarkan suasana dan keperluan semasa. Secara amnya, pendidikan melalui multimedia haruslah menekankan kepada proses bagaimana seseorang itu belajar. Pendidikan melalui multimedia sewajarnya mempunyai dasar atau panduan khusus yang dijadikan landasan. Disamping itu, pendidikan multimedia haruslah menjurus ke arah pendidikan atau pembelajaran dan menggunakan ideologi tertentu serta dikukuhkan dengan penggunaan pelbagai jenis media yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajarnya. Juga tidak ketinggalan bahawa perlunya unsur interaktif dan reka bentuk yang menarik bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna dan juga lebih berkesan kepada pelajar khususnya.


Kajian mengenai penggunaan Teknologi Multimedia Interaktif dalam Pendidikan


Seperti apa yang dibincangkan sebelum ini, perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi multimedia interaktif turut memberi kesan kepada sistem pendidikan khususnya dari aspek pengajaran dan pembelajaran. Proses penyampaian sesuatu maklumat yang lebih efektif hasil daripada penggunaan pelbagai jenis media seperti teks, audio, video, grafik dan animasi merupakan antara kelebihan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, elemen-elemen di dalam multimedia juga menyokong penggunaan pelbagai sensor ( multi-sensory ) serta mampu merangsangkan penggunaan pelbagai deria manusia. Multimedia juga turut menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan dan masa media yang digunakan ( Vaughhan, 1998 ). Penggunaan teknologi multimedia ini dalam bidang pendidikan juga membolehkan informasi dalam jumlah yang besar disalurkan untuk kegunaan pelajar. Informasi tersebut pula boleh dicapai serta digunakan mengikut penetapan masa dan tempat pelajar itu sendiri ( Albion, 1998 ). Multimedia juga dikatakan mampu menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana melalui teks, audia, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan di dalam sebuah skrin pada suatu masa yang sama. Disamping itu juga, penggunaan media interaktif juga ternyata mampu menarik perhatian serta mudah untuk difahami berbanding penggunaan bahan-bahan yang statik dan bisu ( Vaughan, 1998 ). Pengguna yang tertarik akan memberi lebih penumpuan pada persembahan isi kandungan atau maklumat yang ingin disampaikan dan seterusnya ini akan membolehkan proses penyampaian maklumat berlaku dengan lebih berkesan dan mudah. Semua ini menguatkan lagi rasional yang menyatakan bahawa multimedia amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar.


Kajian juga mendapati bahawa penggunaan teknologi multimedia telah mendapat maklum balas yang positif daripada pelajar dari pelbagai disiplin ilmu bagi pelbagai peringkat usia. Ianya juga mampu menyokong pembelajaran yang bersifat penyelesaian masalah, membentuk dan menguji hipotesis, penilaian berasaskan keupayaan serta meningkatkan kreativiti pelajar ( O’Connor dan Brie, 1994 ). Multimedia interaktif juga telah terbukti berkesan dalam membentuk serta mengekalkan maklumat untuk tempoh masa yang panjang dan ianya boleh dicapai kembali dalam masa yang lebih pantas berbanding kaedah pengajaran tradisi ( Ng dan Komiya, 2000; Hofstetter, 1995 ). Selain dari itu, penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga di dapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pembelajaran ( Thomas, 1996 ). Penggunaan elemen-elemen dalam multimedia juga di dapati berkeupayaan untuk membentuk kefahaman serta kemahiran seseorang pelajar pada peringkat yang lebih tinggi. Ini memandangkan pendekatan berasaskan multimedia yang menyediakan maklumat yang lebih kepada pelajar dapat membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks. Ini seterusnya membantu atau memudahkan proses capaian maklumat tersebut di masa hadapan apabila diperlukan dalam menyelesaikan masalah atau menangani keperluan yang lain. Quinn ( 1993 ) dan Palincsar ( 1995 ) misalnya telah mendapati bahawa penggunaan simulasi berkomputer di dalam proses pembelajaran mampu meningkatkan kemahiran pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan dengan lebih berkesan. Ini memandangkan mereka berpeluang untuk melakukan latihan dan seterusnya membentuk kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi. Pernyataan tersebut disokong oleh kajian Farrimond dan rakan-rakan ( 1997 ) yamg telah memanfaatkan teknologi multimedia terkini untuk memindahkan kaedah pembelajaran secara kajain kes tradisi kepada simulasi berkomputer. Kaedah ini mampu memaparkan situasi yang mewakili kehidupan sebenar bagi tujuan kajian pelajar. Mereka mendapati kaedah tersebut membolehkan pelajar membangunkan kefahaman mereka terhadap pembelajaran yang lebih efektif. Simulasi berkomputer juga mampu meningkatkan motivasi, mengurangkan berlakunya salah konsep dalam pembelajaran, mengintegrasikan informasi dengan berkesan serta meningkatkan peluang berlakunya pembelajaran yang lebih bermakna ( Mayes, 1992 ).


Menggunakan multimedia dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran juga dikatakan menggalakkan pelajar untuk menjadi seorang yang mampu berfikir secara kritikal, masalah, lebih mahir dalam proses mencari dan menyusun maklumat, bermotivasi dalam pembelajaran dan sebagainya. Ianya juga menggalakkan pembelajaran aktif berlaku di samping pembelajaran secara kolaboratif dan juga kooperatif. Ini seterusnya menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan di dalam kehidupan sebenar khususnya di dalam kerjaya profesional mereka kelak ( Roblyer dan Edwards, 2000; Jonassen et al., 1999 ). Apabila para pelajar berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran secara aktif, mereka akan mendapati proses pembelajaran lebih menyeronokkan serta memberi kepuasan berbanding proses pembelajaran yang dilalui secara pasif ( Fry dan Coe, 1980 ). Dalam keadaan yang sedemikian, proses pembelajaran seseorang pelajar akan ditingkatkan sama ada secara kendiri mahupun melalui kerjasama di kalangan ahli dalam kumpulan. Persekitaran pembelajaran sebegini juga mampu menyediakan pelajar dalam menangani proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi sama ada dari sudut interaksi mahupun tingkah laku ( Johnson et al., 1986 ).



Sabtu, 27 Februari 2010

Valentine, Facebook dan Arak


NAMAKAN apa sahaja –Ops Cumbu, Ops Valentine atau Operasi Maksiat Hari Kekasih, kesemuanya itu merujuk kepada tindakan operasi besar-besaran yang dijalankanoleh para petugas jabatan agama Islam di negeri-negeri seluruh Negara pada malam 14 Februari lalu.

Dalam operasi itu, banyaklah yang ditahan termasuk pelajar, suami dan isteri orang, janda dan duda, pekerja kolar biru dan remaja belasan tahun.Setiaptahun, inilah yang berlaku.Dalam Ops Valentine pada kira-kirapukul 6 pagi, 14 Februarilalu, seoranganggota tentera dicekup oleh petugas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kuantan. Hotel-hotel bajet di sekitarKlang, Gombak, Kajangdan Shah Alam di Selangor dan sekitar Putrajaya turut diserbu. Selain hotel, kawasant aman rekreasi dan pusat-pusat hiburan turutmenjadi tempat lokasi serbuan.

Menyaksikan apa yang berlaku, tentu sekali maruah seorang suami, isteri, anak- anak atau ibubapa dan seluruh keluarga tercalar dan terpaksa menanggung malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan, guru sekolah, sanak saudara dan jiran tetangga. Perasaanmalu dan marah silih berganti di dalam diri. Namun, kemanakah amarah dan perasaan kesal terhadap apa yang berlaku itu boleh disalurkan?
Perihal sambutan Hari Kekasih terus menjadi bual bicara menjelang tarikh 14 Februari setiap tahun.Pelbagai ingatan dan nasihat dipaparkan di media-media tempatan mengenai sambutan yang bukans ahaja tidak memberi manfaat, malah golongan ulama di Negara kita sepakat telah mengharamkannya untuk diraikan oleh umat Islam.Nampaknya, larangan dan nasihat langsung tidak berbekas di dalam hati mereka, sebaliknya ia terus membudaya di dalam masyarakat hari ini.

Lebih memualkan apabila terdapat segelintir pasangan kekasih berbangga memaparkan gambar mereka berpeluk dan 'berkepit' dengan pasangan masing-masing di dalam laman social Facebook. Mungkin sudah tiba masanya, pihak jabatan agama Islam negeri-negeri mengambil pendekatan baru dalam menangani gejala rosak akhlak masyarakat Islam hari ini. Kaedah lama seperti mengintip, menyerbu dan menahan pasangan bukan muhrim dalam operasi-operasi yang dijalankan boleh diteruskan, tetapi tambah satu lagi kaedah iaitu menahan pasangan yang 'berkhalwat' di dalam Facebook. Bukti yang boleh dikumpul adalah gambar-gambar ghairah mereka yang dipos ke dalam laman social itu untuk tatapan ramai. Rasanya, ia sudah cukup untuk mengheret pasangan terbabit kemuka pengadilan di bawah undang-undang syariah.

Selain gambar-gambar berpelukan, terdapat juga gambar-gambar mereka yang sedang menikmati minuman keras.Kenalan penulis tidak terkecuali mengepos gambar-gambar mereka di dalam laman Facebook masing-masing. Keberanian mereka itu adalah kerana mereka menganggap apa yang dilakukan itu bukanlah satu kesalahan dan memalukan. Lebih merosakkan apabila ada komen-komen yang mengajakrakan-rakan Facebook lain untuk turut sama meneguk arak pada majlis yang bakal diadakan.

Nampaknya, pencipta laman sosial Facebook Berjaya dalam misinya untuk merosakkan umat Islam.Seiring dengan perkembangan zaman, pelbagai cara telah dan akan dilakukan oleh pihak Barat untuk melemahkan umat Islam. Dalam menepis cabaran ummah hari ini, apakah daya kita untuk menyelamatkan ummah agar tidak terus hanyut kedalam kancah maksiat yang diimport dari Barat.Lebih memburukkan keadaan apabila nasihat dan peringatan yang disampaikan melalui akhbar tidak sampai kepada mereka kerana mereka tidak membaca akhbar!

Rahsia Bulan Kelahiran

Januari

> * Bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan dididik
> * Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
> * Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
> * Suka smart, kemas dan teratur
> * Bersifat sensitif , berfikiran mendalam
> * Pandai mengambil hati org lain
> * Pendiam kecuali telah dirangsang
> * Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
> * Mudah mendisiplinkan diri sendiri
> * Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
> * Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
> * Cukup sayang pd kanak-kanak
> * Suka duduk rumah
> * Setia pada segalanya
> * Bercita-cita tinggi dan orangnya serius suka mendidik dan
dididik


Febuari

> * Berfikiran abstrak
> * Sukakan benda yang reality dan abstrak
> * Inteligent, bijak dan genius
> * Berpesonality yg mudah berubah
> * Mudah menawan org lain
> * Agak pendiam
> * Pemalu dan rendah diri
> * Jujur dan setia pd segalanya
> * Keras hati untuk mencapai matlamat
> * Tidak suka dikongkong
> * Mudah memberontak apabila dikongkong
> * Suka kegiatan yg lasak
> * Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
> * Mudah mempamirkan marahnya
> * Tidak suka benda yg remeh-temeh
> * Suka berkawan


Mac

> * Berpesonaliti yg menarik dan menawan
> * Mudah didampingi
> * Sgt pemalu dan pemendam rasa
> * Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
> * Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
> * Suka pada kedamaian
> * Sgt peka kepada orang lain
> * Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
> * Tidak cepat marah dan sangat amanah
> * Tahu balas budi dan tahu kenang budi
> * Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
> * Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
> * Suka berangan-angan
> * Suka melancong
> * Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
> * Kelam kabut dalam memilih pasangan
> * Suka dgn hiasan rumahtangga
> * Punya bakat


April

> * Sgt aktif dan dinamik
> * Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
> * Sgt menarik dan pandai manjakan diri
> * Punya daya mental yg sangat kuat
> * Suka diberi perhatian
> * Sgt diplomatik (pandai memujuk ).
> * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
> * Sgt berani dan tiada perasaan takut
> * Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
> * Emosi cepat terusik
> * Try control the emotion
> * Kecenderungan bersifat dendam
> * Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
> * Kuat daya ingatan
> * Gerak hati yg sangat kuat
> * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
> * Berpenyakit disekitar kepala dan dada


Mei

> * Kekerasan hati & degil
> * Kuat semangat & bermotivasi tinggi
> * Pemikiran yg tajam
> * Mudah marah apabila tidak dikawal
> * Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
> * Perasaan yg amat mendalam
> * Cantik dr segi mental & fizikal
> * Tidak perlu dimotivasikan
> * Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
> * Mudah dipujuk
> * Bersikap sistematik (otak kiri)
> * Suka berangan
> * Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
diberitahu
> * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
> * Daya khayalan yg tinggi
> * Permikiran yg tajam
> * Pandai berdebat
> * Fizikal yg baik
> * Kelemahan sistem pernafasan


Jun


> * Berfikiran jauh & berwawasan
> * Mudah ditawan krn sikap baik
> * Berperangai yg lemah lembut
> * Mudah berubah sikap,perangai,idea @mood
> * Idea yg terlalu banyak dikepala
> * Bersikap sensitif
> * Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
> * Sukar melakukan sesuatu dgn segera
> * Bersikap suka menangguh-nangguh
> * Bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
> * Cepat marah & cepat sejuk
> * Suka bercakap & berdebat
> * Suka buat lawak & bergurau
> * Otaknya cerdas berangan-angan
> * Mudah berkawan & pandai berkawan
> * Org yg sangat tertib
> * Pandai mempamerkan sikap
> * Mudah kecil hati
> * Mudah kena selsema
> * Suka berkemas
> * Cepat rasa bosan


Julai


> * Sangat seronok didamping
> * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
> * Agak pendiam kecuali dirangsang
> * Ada harga dan maruah diri
> * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
> * Mudah dipujuk dan bercakap lurus
> * Sangat menjaga hati orang lain
> * Sangat peramah
> * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
> * Berjiwa sentimental
> * Jarang berdendam
> * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
> * Tidak suka benda remeh-temeh
> * Membimbing cara fizikal dan mental
> * Sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
> * Layanan yg serupa dgn semua orang
> * Tinggi daya simpati
> * Pemerhatian yg tajam
> * Suka menilai org lain dgn


Ogos


> * Suka berlawak
> * Mudah tertawan kepadanya
> * Sopan santun dan caring terhadap org lain
> * Berani dan tidak tahu takut
> * Orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
> * Pandai pujuk org lain
> * Terlalu pemurah & bersikap ego
> * Nilai harga diri yg sangat tinggi
> * Dahagakan pujian
> * Semangat juang yg luar biasa
> * Cepat marah & mudah mengamuk
> * Mudah marah apabila cakapnya dilawan
> * Sangat cemburu
> * Daya pemerhatian yg tajam & teliti
> * Cepat berfikir
> * Fikiran yg berdikari
> * Suka memimpin & dipimpin
> * Sifat suka berangan
> * Berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
> * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
> * Cepat apabila ditimpa penyakit


September


> * Sangat cermat, teliti & teratur, Sangat bersopan santun & bertolak ansur
> * Suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
> * Pendiam tapi pandai bercakap
> * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
> * Sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
> * Kerja yg dilakukan sangat sempurna
> * Sangat sensitif yg tidak diketahui
> * Org yg banyak berfikir
> * Daya pentaakulan yg baik
> * Otak bijak & mudah belajar
> * Suka mencari maklumat
> * Kawal diri dari terlalu mengkritik
> * Pandai mendorong diri sendiri
> * Mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan
> * rahsia
> * Suka sukan,hiburan & melancong
> * Kurang menunjukkan perasaannya
> * Terluka hatinya sangat lama disimpan
> * Terlalu memilih pasangan
> * Sukakan benda yg luas
> * Bersistematik


Oktober


> * Suka sembang
> * Suka org yg sayang padanya
> * Suka ambil jln tengah
> * Sangat menawan & sopan santun
> * Kecantikan luar & dalam
> * Tidak pandai berbohong & berpura-pura
> * Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
> * Sentiasa berkawan
> * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
> * Cepat marah
> * Macam pentingkan diri sendiri
> * Tidak menolong org kecuali diminta
> * Suka melihat dari perspektifnya sendiri
> * Tidak suka terima pandangan org lain
> * Emosi yg mudah terusik
> * Suka berangan & pandai bercakap
> * Emosi yg kelam kabut
> * Daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
> * Suka melancong, bidang sastera & seni
> * Pengasih, penyayang & lemah lembut
> * Romantik dlm percintaan
> * Mudah terusik hati & cemburu
> * Ambil berat tentang org lain
> * Suka kegiatan luar
> * Org yg adil
> * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
> * Mudah patah semangat


November


> * Banyak idea dalam perkara
> * Sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
> * Berfikiran kehadapan
> * Berfikiran unik dan bijak
> * Penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa
> * Pemikiran yg tajam
> * Daya firasat yg sgt halus dan tinggi
> * Bagus utk jadi doktor
> * Cermat dan teliti
> * Personality dinamik
> * Sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
> * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
> * Berani, pemurah setia dan byk kesabaran
> * Terlalu degil dan keras hati
> * Apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
> * Tak suka marah kecuali digugat
> * Mudah ambil berat terhadap orang lain
> * Pandai muhasabah diri
> * Cara berfikir lain dari org lain
> * Otak yg sangat tajam
> * Pandai mendorong diri sendiri
> * Tidak hargai pujian
> * Kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak
sesuatu
> * Cuba sampai berjaya
> * Badan yg tough
> * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam romantik
> * Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
> * Suka duduk dirumah
> * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
> * Amanah, jujur setia dan pandai berahsia
> * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
> * Bercita-cita tinggi


Disember


> * Sangat setia dan pemurah
> * Bersifat patriotik
> * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
> * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
> * Bercita-cita tinggi
> * Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
> * Seronok didampingi
> * Suka bercampur dgn org
> * Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
> * Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
> * Tidak pandai berpura-pura
> * Cepat marah
> * Perangai yg berubah-ubah
> * Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
> * Benci pada kongkongan
> * Suka berlawak
> * Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik
> * Sangat setia dan pemurah
> * Bersifat patriotik
> * Sangat aktif dalam permainan
> * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa